Kronologi Pengujudan

Ringkasan

Kawasan hulu Sungai Tangkarason merupakan penempatan awal bagi suku kaum Sungai, seawal tahun 1940-an dan berlatarkan Perang Dunia Ke-Dua, penempatan hasil gabungan perkampungan yang dahulunya dikenali dengan nama Kg. Padang Tangkarason, Kg. Kupolod, Kg. Musinggapo dan Kg. Bawang ini merupakan cetusan idea daripada beberapa orang pemimpin peringkat kampung termasuk Allahyarham Ampatong @ Mohd Yusof bin Madi @ Abdullah.

KAMPUNG SUNGAI TANGKARASON merupakan impian beliau, penyatuan kumpulan perkampungan dengan tujuan membela nasib penduduk kawasan pendalaman ini, permohonan untuk pengujudan dan perwartaan kampong telah dimajukan kepada pihak berkuasa seawal tahun 2004.

2009, Allahyarham Ampatong @ Mohd Yusof bin Madi @ Abdullah telah menyahut seruan Ilahi dan kembali ke Rahmattullah pada Oktober 2009, pemergian beliau sebelum merealisasikan impian beliau telah mendapat perhatian adik Allahyarham iaitu Patitong @ Abdul Talib bin Madi @ Abdullah dan anak beliau yang pada masa itu masih berada di luar negara ketika itu.

2010, Encik Patitong @ Abdul Talib bin Madi @ Abdullah telah meneruskan perjuangan abang beliau sebelum perjuangan ini diteruskan bersama anak kepada Allahyarham Ampatong @ Mohd Yusof bin Madi @ Abdullah sehinggalah Encik Patitong @ Abdul Talib bin Madi meninggal dunia pada penghujung tahun 2014.

April 2013, Encik Jasni Ampatong @ Mohd Yusof, anak kepada Allahyarham Ampatong @ Mohd Yusof yang telah kembali daripada United Kingdom telah berusaha untuk meneruskan dan merealisasikan impian Allahyarham.

Hasil penglibatan secara konsisten Encik Jasni, pada May 2015 akhirnya KAMPUNG SUNGAI TANGKARASON telah mendapat pengikhtirafkan secara rasminya sebagai sebuah kampung berdaftar.

Google Maps of Kg. Sg. Tangkarason

Kg. Sungai Tangkarason


  • Gabungan Empat (4) kampung; Kg. Padang Tangkarason (Wujud sejak 70-an), Kg. Kupolod, Kg. Musinggapo dan Kg. Bawang (Wujud sejak 80-an).
  • Etnik majoriti; Sungai, Sandayoh, Tambanuo dan beberapa etnik tempatan lain.
  • Jumlah Penduduk; 500 - 700 orang dan 95% diantaranya adalah pengundi BN.
    • 250 kumpulan keluarga secara statistik kasar.
    • 60% kumpulan belia dan beliawanis.
Sijil Perakuan Pendaftaran Kampung

Infrastruktur Sedia Ada

  • Sekolah Kebangsaan Bawang Tangkarason.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang.
  • Balai Raya.
  • Gereja.
  • Jambatan Gantung.
  • Sekolah Agama Rakyat (SAR).
  • Masjid.

Perancangan Masa Depan

Telah menjadi lumrah bagi setiap penempatan baru untuk merancang dan mengharapkan yang terbaik untuk mempertingkatkan tahap kehidupan yang selesa dan selamat.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi Kg. Sungai Tangkarason telah merangka beberapa pelan pembangunan berperingkat untuk kampung ini. Pelan ini adalah hasil penyelidikan, pemantauan, kajian dan dialog bersama penduduk setempat, dirangka mengikut kepentingan dan jenis pembangunan menepati dengan kesesuaian kampung dan penduduk.


Pada masa hadapan dan dalam masa yang terdekat, segala bentuk bantuan dan sokongan amatlah diperlukan dalam proses melaksanakan pelan pembangunan berperingkat ini daripada pihak kerajaan, badan-badan korporat dan kerjasama penduduk setempat.


No comments:

Post a Comment