Sekolah Agama Rakyat (Tun Hj. Juhar Datuk Hj. Mahiruddin)
Bagi "Profail Sekolah Agama Rakyat" dapatkan disini.
Pendahuluan
Kertas penubuhan ini dikemukakan kepada bahagian Pendaftar Sekolah - Sekolah Agama Islam Negeri Sabah untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan dari pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bagi membangunkan sebuah Sekolah Agama Rakyat di Kg. Sungai Tangkarason, Paitan, Beluran dalam Satu (1) peringkat pengajian iaitu peringkat pengajian rendah.
Latar Belakang Cadangan
- Sekolah Agama Rakyat ini merupakan pandangan masa depan yang di cadangkan oleh Tuan Jasni Ampatong @ Mohd Yusof bagi memenuhi keperluan keagamaan kepada masyarakat sekitar Kg. Sungai Tangkarason, Paitan, Beluran dalam mewujudkan pelbagai peringkat pengajian.
- Sekolah Agama Rakyat ini dirancang untuk didirikan di tapak masjid lama Kg. Sungai Tangkarason, Paitan, Beluran.
|
Tapak Cadangan Sekolah Agama Rakyat (Tun Hj. Juhar Datuk Hj. Mahiruddin) |
|
Tapak Cadangan Sekolah Agama Rakyat (Tun Hj. Juhar Datuk Hj. Mahiruddin) |
No comments:
Post a Comment